Total Pageviews

Monday, 23 January 2012

Cinta sejati

Assalammualaikum,

Ini Cerpen berkesah tentang  Cinta sejati....

Di Shopping Complex, Mia dan kekasihnya Amir sedang berjalan untuk mencari baju pengatin mereka. Mia dan Amir sudah 4tahun berkenalan , tiba masanya mereka mendirikan rumah tangga. "Sayang ! penatlah asyik jalan, baju pun tak jumpa lagi." Keluh Mia kepenatan. "Sabarlah, mungkin ada pakaian pengatin yang paling lawa kat sini. Hari itu Amir ada nampak baju untuk pengatin perempuan tu sangat lawa , mesti sesuai dengan bakal isteri Amir yang cantik ni" Puji Amir kepada Mia. Mia begitu malu sehingga pipinya bertukar rona warna merah.
       "Kau dah jumpa belum pakaian pengatin idaman kau tu ?" Sara rakan karibnya begitu teruja menayakan soalan yang menjadi topik perbualan mereka. "Belum" singkat sahaja jawapan Mia. Mia mengeluh kerana semua butik pakaian pengatin tutup hari ini. Tiba-tiba telefone Mia berdering dengan begitu kuat sekali.
"Hai Amir."
"Kenapa nie macam sedih sahaja?"
"Mia nak baju pengatin !!" Mie merengek seperti budak kecil.
"Amir ada kejutan untuk Mia , cuba Mia datang rumah Amir sekarang juga !"
Mia menjadi begitu teruja  lalu dia berkata " OK BYE" Mia cepat2 matikan telefone bimbitnya dan beredar dari situ. "Aik?? Mia kau nak pergi mana ? kau baru je datang takkan kau nak belah kot ?" Tanya Sara dalam kebingungan . "Aku ada hal penting maybe aku tak lunch dengan kau hari ini bye !!" Mia menghidupkan enjin lalu meninggalkan Sara dalam keadaan kebingungan.
        "Amir kenapa tutup mata Mia? Mia tak nampak lah" Amir tersenyum melihat gelagat Mia. "SATU , DUA , TIGA !!!! Buka mata cepat !!" Amir menjerit penuh keriangan. "Cantiknya !" Mia melihat sepasang pakaian pengatin digantung rapi diatas sebuah almari yang mewah. "Mana Amir dapat baju pengatin ni?" Mia membelek pakaian tersebut. "Adalah." pendek sahaja jawapan Amir. "Terima Kasih sayang !" Mia memeluk Amir dengan penuh kasih sayang.
         Akhirnya tiba masa pasangan ini mendirikan rumah tangga dan tidak lama lagi akan bergelar suami isteri.
         "Mana Mia ni ?" Amir mula berpeluh apabila melihat jamnya, dia risau tentang Mia yang belum muncul lagi di tempat itu. "YA ALLAH SELAMATKAN MIA DARI KECELAKAAN"  Amir bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah agar Mia selamat sampai kesini... "AMIR !!! Tunang kau kena langgar lori tadi. Dia cedera parah, sekarang dia kat hospital tengah menerima rawatan " Jerit seorang pemuda untuk memberitahu Amir tentang kecelakaan tersebut.
         2 tahun Amir menunggu Mia sedar daripada koma. Setiap hari Amirlah yang menjaga Mia di Hospital, tanpa diduga Amir terpaksa menerima dugaan seperti ini. Semasa Amir tertidur , Amir tersedar apabila dia terdengar bunyi seseorang sedang bercakap. " Mia... Awakkah yang bercakap tadi?" Amir memandang sayu di wajah Mia yang penuh dengan wayar. "Amir..... jaga diri baik-baik..... Mia tak tahu sama ada Mia berpeluang untuk hidup ataupun bertemu ajal....." begitu nazak suara Mia, Amir yang mendengari tadi menangis. "Mia jangan cakap macam tu, Amir janji bila kita khawin. Amir akan bawa Mia bercuti di luar Negara." Sambil tersedu-sedu Amir bercakap , Amir mengucup pipi Mia berulang kali. "Selamat tinggal Am........." Mia mengehembus nafas terakhir lalu meutup mata untuk selamanya. "Nurse !! Doktor !!! TOLONG SAYA !!!!" Amir menjerit sambil menarik tangan Mia. "Mia jangan tinggalkan Amir.. Mia tolonglah.." Amir mampu menangis.
       Amir menziarahi pusara Mia , lalu berkata "Assalammualaikum Mia, Amir datang ni. Amir datang nak bagitahu Mia yang Amir takkan khawin dengan mana2 perempuan lain, perempuan kat luar sana tak secantik Mia, tak sebaik Mia. Amir Sayang wanita bernama Mia Bt Ashari sehingga Amir mati menjumpa ilahi"

TAMAT~

No comments: