Total Pageviews

Monday 23 January 2012

Cinta sejati

Assalammualaikum,

Ini Cerpen berkesah tentang  Cinta sejati....

Di Shopping Complex, Mia dan kekasihnya Amir sedang berjalan untuk mencari baju pengatin mereka. Mia dan Amir sudah 4tahun berkenalan , tiba masanya mereka mendirikan rumah tangga. "Sayang ! penatlah asyik jalan, baju pun tak jumpa lagi." Keluh Mia kepenatan. "Sabarlah, mungkin ada pakaian pengatin yang paling lawa kat sini. Hari itu Amir ada nampak baju untuk pengatin perempuan tu sangat lawa , mesti sesuai dengan bakal isteri Amir yang cantik ni" Puji Amir kepada Mia. Mia begitu malu sehingga pipinya bertukar rona warna merah.
       "Kau dah jumpa belum pakaian pengatin idaman kau tu ?" Sara rakan karibnya begitu teruja menayakan soalan yang menjadi topik perbualan mereka. "Belum" singkat sahaja jawapan Mia. Mia mengeluh kerana semua butik pakaian pengatin tutup hari ini. Tiba-tiba telefone Mia berdering dengan begitu kuat sekali.
"Hai Amir."
"Kenapa nie macam sedih sahaja?"
"Mia nak baju pengatin !!" Mie merengek seperti budak kecil.
"Amir ada kejutan untuk Mia , cuba Mia datang rumah Amir sekarang juga !"
Mia menjadi begitu teruja  lalu dia berkata " OK BYE" Mia cepat2 matikan telefone bimbitnya dan beredar dari situ. "Aik?? Mia kau nak pergi mana ? kau baru je datang takkan kau nak belah kot ?" Tanya Sara dalam kebingungan . "Aku ada hal penting maybe aku tak lunch dengan kau hari ini bye !!" Mia menghidupkan enjin lalu meninggalkan Sara dalam keadaan kebingungan.
        "Amir kenapa tutup mata Mia? Mia tak nampak lah" Amir tersenyum melihat gelagat Mia. "SATU , DUA , TIGA !!!! Buka mata cepat !!" Amir menjerit penuh keriangan. "Cantiknya !" Mia melihat sepasang pakaian pengatin digantung rapi diatas sebuah almari yang mewah. "Mana Amir dapat baju pengatin ni?" Mia membelek pakaian tersebut. "Adalah." pendek sahaja jawapan Amir. "Terima Kasih sayang !" Mia memeluk Amir dengan penuh kasih sayang.
         Akhirnya tiba masa pasangan ini mendirikan rumah tangga dan tidak lama lagi akan bergelar suami isteri.
         "Mana Mia ni ?" Amir mula berpeluh apabila melihat jamnya, dia risau tentang Mia yang belum muncul lagi di tempat itu. "YA ALLAH SELAMATKAN MIA DARI KECELAKAAN"  Amir bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah agar Mia selamat sampai kesini... "AMIR !!! Tunang kau kena langgar lori tadi. Dia cedera parah, sekarang dia kat hospital tengah menerima rawatan " Jerit seorang pemuda untuk memberitahu Amir tentang kecelakaan tersebut.
         2 tahun Amir menunggu Mia sedar daripada koma. Setiap hari Amirlah yang menjaga Mia di Hospital, tanpa diduga Amir terpaksa menerima dugaan seperti ini. Semasa Amir tertidur , Amir tersedar apabila dia terdengar bunyi seseorang sedang bercakap. " Mia... Awakkah yang bercakap tadi?" Amir memandang sayu di wajah Mia yang penuh dengan wayar. "Amir..... jaga diri baik-baik..... Mia tak tahu sama ada Mia berpeluang untuk hidup ataupun bertemu ajal....." begitu nazak suara Mia, Amir yang mendengari tadi menangis. "Mia jangan cakap macam tu, Amir janji bila kita khawin. Amir akan bawa Mia bercuti di luar Negara." Sambil tersedu-sedu Amir bercakap , Amir mengucup pipi Mia berulang kali. "Selamat tinggal Am........." Mia mengehembus nafas terakhir lalu meutup mata untuk selamanya. "Nurse !! Doktor !!! TOLONG SAYA !!!!" Amir menjerit sambil menarik tangan Mia. "Mia jangan tinggalkan Amir.. Mia tolonglah.." Amir mampu menangis.
       Amir menziarahi pusara Mia , lalu berkata "Assalammualaikum Mia, Amir datang ni. Amir datang nak bagitahu Mia yang Amir takkan khawin dengan mana2 perempuan lain, perempuan kat luar sana tak secantik Mia, tak sebaik Mia. Amir Sayang wanita bernama Mia Bt Ashari sehingga Amir mati menjumpa ilahi"

TAMAT~

Sunday 22 January 2012

Seandainya kita dapat bersama.

Assalamualaikum.

Saya, ada sebuah cerita cinta... Cinta yang takkan miliki untuk selamanya.

      Pada suatu malam Sabtu, Haiza memerhatikan langit yang bertaburan dengan bintang yang cerah dan berkelipan. Namun Haiza pelik akan hidupnya, mengapakah dia perlu mencintai lelaki yang dah banyak kali sakitkan hati dia? Bagaimanakah dia boleh menyayangi lelaki yang dah banyak kali mencederakan Haiza? Adakah ini dinamakan takdir hidup ? Haiza mampu bertanya pada dirinya sendiri.
      Telefone bimbit Haiza berbunyi, lalu Haiza mengangkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.
"Hello, siapa disana ?"
"Aku, Azam . Kenapa aku sms kau , kau tak balas? Kau pekak ke ? Takkan dering massage kau tak dengar kot?"
"Saya termenung tadi,maaf" Haiza mampu mengatakan maaf kepada Azam.
Azam menjadi baran lalu dia menegking Haiza " Kau kan bodoh ! Bodoh sangat sampai bende senang macam ni pun kau tak boleh buat dasar perempuan bodoh !"
Haiza tergamam seribu bahasa belum sempat Haiza mengatakan sesuatu , Azam terus mematikan telefone.
           "Maafkan aku iye Azam" Haiza berkata didalam hati, air mata mula membasahi pipi. "Bagaimana aku boleh mencintai kau Azam ?"
          Keesokan hari, Haiza membelikan Azam sekotak chocolate cadbury yang menjadi kegemaran kekasihnya. "Hai awak , saya belikan awak chocolate kegemaran awak, ma....." belum sempat Haiza menhabiskan ayat , Azam terus menepis Chocolate itu sehingga bertaburan atas lantai. "Awak ?! Kenapa buat macam itu? Awak ni , kalau awak taknak awak cakap lah  jangan lah main tepis." Keluh Haiza sambil mengutip chocolate yang bertaburan. "Aku tak nak chocolate murah kau tu!! Aku nak chocolate mahal, aku tahu kau tak mampu beli sebab kau miskin !!!" Teking Azam kepada Haiza didepan orang ramai. Haiza amat terkejut tanpa disangka air mata Haiza sekali lagi membasahi pipinya. Orang ramai memerhatikan mereka berdua dengan pandangan pelik. Haiza cepat-cepat lap pipinya yang basah lalu berkata "Nanti Saya belikan awak Chocolate yang mahal untuk awak okey."
          Tiga minggu kemudian, Azam sudah lama tidak menghubungi Haiza, mereka juga jarang berjumpa. Sedang Haiza membalut hadiah untuk Azam , kedengaran deringan telefone bimbitnya berbunyi.
"Assalamualaikum , Siapa disana?"
"Ini Haiza ke ?" Kedengaran suara nazak
"Iya , ini Haiza. Ini siapa?"
"Haiza sihat ?Rindu tak dengar Haiza, Haiza tengah buat apa tu?
           Haiza amat hairan dengan pertayaan orang itu, tanpa berfikir panjang Haiza menjawab soalan yang ditanya oleh lelaki yang tak dikenali itu.
"Saya sihat sangat, saya tegah balut hadiah untuk Azam. Esok ulang tahun saya dan dia, saya belikan dia chocolate yang paling mahal untuk dia."
             Kedengaran suara yang nazak itu menagis begitu kuat, Haiza amat hairan. Megapakah dia menagis? Adakah dia menangis kerana tidak ada kekasih?
"Haiza, ini Azam. Saya takkan hidup lama kat dunia ini, saya minta maaf kalau selama ini saya ada buat awak terluka. Saya sayang Awak sangat2 , sehinnga mati saya tetap sayang awak. " Telefone dimatikan tiba2. Haiza menagis sepanjang malam, kerana apabila dia menelefone Azam . Deringan itu dimatikan. Haiza mampu berdoa agar Azam selamat dari apa2 kecelakaan.
           Keesokan pagi , Haiza pergi ke rumah Azam. "Assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam, iya adik cari siapa?" Tanya makcik itu.
"Saya cari Azam." Singkat sahaja jawapannya.
"...... Em , Azam dah meninggal. Malam semalam dia di kebumikan. Oh, Awak Haiza ye ? Dia ada pesan supaya awak jaga diri baik2 sebab dia mampu nak jaga awak lagi " Kata makcik itu lagi.
"Terima kasih makcik." Haiza mampu menangis dan berdoa agar Azam selamat disana. "Saya sayang awak Azam , Seandainya kita dapat bersama sayang."

Tamat- Harap anda suka!!!!
Assalmualaikum !
Walaupun blog saya dah buat dari tahun lepas but saya tetap tak tahu nak buat widget and sebagainya.Macam mana diorg boleh buat blog diorg canggih-canggih ??? Darimana diorg dapat, bagitahu lah dekat saya :) saya juga ingin blog saya jadi cantik macam orang lain . hahahaha~ Its Up too you untuk kongsi pengetahuan anda kepada saya .
      Saya suka singgah ke blog orang , but orang tak penah singgah ke blog saya . Saya tak tahu kenapa , adakah blog saya tidak menarik macam orang lain ??
Tak apa saya akan cuba sedaya upaya supaya anda terpikat dengan blog saya !

Saya harap anda akan follow and comment :))

Apa dah jadi ni?

                                                        





Assalammualaikum ,
        Inilah dia kaum melayu yang mempersendakan agama islam, pakai tudung tapi terdedah sana sini.
Mana perginya Islam kita yang hormat dengan istihadat kita ? Adakah ini hanya cuma nak tunjukan trend terkini dengan berpakaian begini ?? Tolong lah hormat sikit kaum hawa, dengan berpakaian begini orang akan cakap kita yang pakai tudung ini lagi teruk dari orang yang freehair. Tak fasal-fasal , kita jadi mangsa kutuk di facebook , tweeter or tak kesah lah kat mana-mana media IT. Jadi tolong lah hormat sikit , jangan lah mempersendakan agama islam kita. Kalau anda tak minat pakai tudung , jadi jangan lah berpakaian begini. Kalau anda yang minat pakai tudung, pakailah dan jangan pernah buka tudung anda. Biarlah kita jadi mutiara yang jauh didasar laut dan orang yang bertuah dapat memengang kita .

Hormatilah Agama Islam :)